Sekarang kita sudah berada di bulan November 2018 kan, lagi dua minggu dah mula cuti sekolah. Ibu bapa mesti ramai yang tengah plan aktiviti yang sesuai untuk anak-anak supaya hilang rasa bosan dikala cuti bermula. Antara tempat-tempat yang menarik boleh la bawa anak-anak ke Zoo Taiping.Baru-baru ini saya berpeluang membawa anak-anak ke Zoo Taping yang mana kita sedia maklum bayaran nya masih murah dan suasana pun masih hidup dan penuh dengan haiwan-haiwan peliharaan dan masih terjaga.
anak-anak saya memang sejenis yang happy bila tengok haiwan-haiwan ni, kalau si adik siap dibelai-belainya haiwang tu. ular pun dia berani pegang, kalau si kakak..mampu tengok dari jauh jela.kakak penakut sikit compare ngan adik, walaupun kecik tapi berani dia lain macam kalah mama.
Sedikit sebanyak info berkenaan Zoo Taiping seperti di bawah :
Hari Operasi : Setiap hari termasuk cuti umun dan hari minggu
Waktu Operasi : 8.30 pagi - 6 petang setiap hari
Harga Tiket : Dewasa RM17, Kanak-Kanak atas 3 tahun RM8.50
* untuk warga perak, dapat diskaun lagi jika tunjuk No.Kad Pengenalan bukti warga Perak.
* lebih info boleh rujuk http://www.zootaiping.gov.my
Comments
Post a Comment