Skip to main content

Qaseh Izz Zara Showcase (LC Kem Perdana)

Alhamdulillah, tahun ni genap tahun kedua anakanda pertama mama menuntut ilmu di Little Caliphs (Kem Perdana). So far, mama amat berpuas hati dengan prestasi Qaseh setakat ini, dari usia 4 tahun lagi sudah mampu membaca, hafal surah-surah pendek dan tahu adab-adab seharian dalam kehidupan.

24 November 2018 berlangsungnya Grand Ihtifal Year End ShowCase 2018 bertempat di Auditorium Permata Pintar, UKM. Hari ni Qaseh akan jadi skeleton., bukan main excited dia hari-hari sebelum tu dah praktis depan tv dengan adik.

So, jom layankan video dan gambar-gambar yang sempat mama rakamkan untuk kenangan anak-anak mama bila dah dewasa nanti.













Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik Qaseh sehingga ke tahap sekarang ini. Sesunggunya jasa kalian semua amatlah besar, hanya Allah jua mampu membalas nya. Semoga terus tabah dan kuat untuk mendidik walaupun banyak dugaan yang diharungi.

Next year insha Allah adik pula menyusul kakak bersekolah di Little Caliphs. Sebelum hantar ke mana-mana pre-school, mama memang dah buat survey dengan teliti dan alhamdulillah pilihan mama tak silap. Untuk ibu-bapa yang masih tercari-cari pre-school untuk anak-anak, boleh la buat kajian berkaitan silibus yang digunakan oleh Little Caliphs. 


Comments

Popular posts from this blog

Review Lenggeng Eco Agro Farm

Last week anak-anak request nak pergi tengok haiwan. Si adik (Qaira) menangis-nangis haaa asyik sebut nak tidur dengan rabbit. Mama pun pening sebab nya kalau pergi Zoo, diorang dah biasa lagipun memang tak boleh nak pegang-pegang belai-belai haiwan tersebut. Then tetiba papa cakap jom la bawa diorang ke Lenggeng Eco Agro Farm sebab kat sana konsep nya macam suasana kampung. Boleh bagi makan smeua haiwan-haiwan tu, harga masuk pun  not bad la agak murah nak dibandingkan dengan tempat lain. Berdesup si baby ni bangun pagi mandi seawal mungkin bila mama cakap jom kita nak pergi tengok rabbit. Untuk yang belum kenal this baby is Qaira tapi dia memang tak bagi kita panggil nama dia. Still nak mama panggil baby, kakak Qaseh pun dah terbiasa panggil dia dengan "B". hoho... baby besar usia dah 3 tahun okayyy..  Tiket masuk ke Lenggeng Eco Agro Farm ni hanya la RM8 seorang tak kira kanak-kanak atau dewasa. Bila masuk ke sana, Auntie dekat kaunter tu akan explain apa yang a...

Riadah Pagi Di Setia Eco Hill

Sabtu lepas anak-anak meragam. Semua bosan stay dalam rumah. Belum subuh lagi dua beradik tu dah bangun terkebil-kebil mata nya sambil kejut mama. Mama cakap nak jogging pagi ni..kakak dengan adik dah bangun ni..hoho.. Kalau tak fikirkan anak-anak, mama pun malas nak bangun pagi-pagi ni. nak rileks-rileks dan santai2 sahaja.Mudah sangat la kakak ngan adik bangun pagi kalau mama dah berjanji.. kakak memang suka la panjat-panjat ni adik as usual dengan muka comel nya kerjasama adalah sesuatu yang amat dititik beratkan kepada anak-anak. Alhamdulillah, kakak seorang yang sangat-sangat membantu dalam menjaga adik nya walaupun si adik ni garang yang amat. Tiada unsur pentingkan diri, begitu juga la dalam konsep bekerja, kalau kita sentiasa pentingkan diri selama-lamanya organisasi kita tak akan maju. Terima kasih kakak Qaseh sebab selalu tolong adik walaupun adik selalu pukul kakak. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama.Semoga ukhwah yang terbin...